I am sorry - 5

Masalahnya dia tak tahu yang Sara dah buang surat dia pada Dani. Dia duk tunggu jugak Dani reply surat tu. Tak kisahlah Dani nak kutuk ke, nak hentam dia cukup-cukup ke….janji dia ikut kata hati dia. Minta maaf dari Dani. Kalau Dani tak nak maaf jugak, itu Dani punya pasallah. Kau jawablah dengan Tuhan. Tak baik tau tak nak maafkan sesama Islam.

“Apa yang kau menungkan tu, Fisya?” tegur Mona. Nasib aku dapat room-mate suka layan perasaan sorang-sorang.

“Ingat Umi aku. Susah ke dia aku tak ada..” Awat la aku dapat room-mate yang prihatin..Fisya pandang Mona sekilas. Harap Mona tak perasan yang jiwa dia melayang tadi teringatkan orang lain. Mona tersengih. Takkan teringat emak sendiri sampai termenung lagu tu. Tembus dinding woo..kut iyapun nak kelentong aku carilah alasan yang munasabah sikit. Poyo je minah ni, ketawa Mona dalam hati.

“Alah..apa susah. Tipon je la. Macam lah sini takde telefon. Kalau coin tak cukup, ambik je la aku punya. Tada hal punya..” Kalau nak tipon mataair tapi malu nak mengaku pun aku tak kisah...gelak Mona lagi dalam hati.

Fisya terasa ada cili dalam mulutnya. Macamlah dia boleh telefon si Dani tu.. Mana dia ada nombor telefon Dani. Entah di dunia mana Dani berada sekarang. Masih di Dungun kah? Afifi dan Sara ada sekali kah? Seronoknya korang. Jeles aku. Aku kat sini dapat geng baru, tapi tak ada yang nak sakat aku hari-hari macam korang.. Fisya gigit bibir bawah. Dulu, bila kena usik, dia cebik je kat Dani dan Afifi. Sekarang, dia nak cebik kat sapa? Takde sapa-sapa…..

Bosanlah pulak! Takde excitement langsung! Sini semua nak kena ikut peraturan. Kena pulak dia dilantik oleh entah sapa yang gatal mulut calonkan dia jadi Ketua Blok. Hampeh betullah. Tahulah dia nampak ala-ala baik, sopan dan macam perempuan Melayu terakhir. Kalaulah diaorang ni tahu macam mana aku laser kan si Dani, tentu diaorang terkejut! Yang sebenarnya, dia pun sebenarnya dua kali lima je dengan orang lain yang nakal tahap sewaktu dengannya.

Seeing is believing. Diaorang ni Cuma nampak yang diaorang nak. Yang tersirat dan tersurat tu lah dia sendiri pun tak berapa benar nak kongsi. Fisya mengutuk dalam hati. Bukan dia tak boleh menyesuaikan diri, hanya diri sendiri yang sengaja keras kepala, memerintah sang hati agar rasa memberontak. Atau sebenarnya dia rasa sukar melepaskan keseronokan bersekolah dahulu. Kena usik dengan Dani itu seronok ke?

Fisya mengetap bibir. Seronok ke aku bila Dani usik? Diketawakan, jadi sindiran dan usikan Dani dan partners in crime beliau, mana ada seronokpun. Tak best langsung. Biarpun kadang-kadang bila Dani tak datang kelas, dia terasa macam ada satu ruang dalam hati yang rasa kosong bila tidak ada orang yang nak usik, kacau, ganggu hidup dia. Rasa kosong itulah dirasakannya sekarang.

Kalaulah Dani dan Afifi pun dapat masuk kolej macam Fisya! Tentu kroni dia yang kerjanya menyakat student perempuan dan lecturer perempuan hebat-hebat sebab kat kolej ada macam ragam orang.

Fisya mengelamun lagi. Kalau Dani masuk kolej macam dia, adakah Dani akan sakat dia seperti selalu? Atau bila dah keluar dari kepompong sekolah dan uniform sekolah, Dani dah tak pandang dia lagi? Iyalah, saingan Fisya dalam kolej ni semuanya hebat-hebat belaka. Malah lebih lagi.

“Kalau dah habis mengelamun tu, cepat-cepat la bersiap.”tegur Mona, kerana dilihatnya Fisya semakin larut dalam perasaannya. Sejak dia jadi room-mate si Fisya ni, selalu sangat dia nampak Fisya layan blues sorang-sorang.

Fisya berkerut dahi sambil menyembunyikan senyum. Kantoi lagi dengan Mona. Sure Mona akan cop dia macam-macam. “Nak gi mana?” dan buat muka blur.

“Jumpa senior la. Kan ada usrah kejap lagi?”

Fisya tepuk pipi. Alahai! Macam mana dia boleh terlupa? Bergegas Fisya mengambil wuduk sebelum menunaikan solat Asar. Nama aje Ketua Unit, tapi tak serupa tokoh ketua pun aku, kutuk Fisya dalam hati.