Ada Rindu -1


Mejaku agak bersepah sejak dinaikkan pangkat. Ada beberapa agreement yang perlu aku semak. Mana dengan report tahunan untuk suku tahun kedua. Itupun Coach suruh aku buat. Tak boleh buat sendiri ke macam bos-bos yang lain? Bukan nak mengeluh, tapi tak terkejar aku dibuatnya.

“Namapun naik pangkat. Kenalah buat!”

Pandai pula aku menjawab bila Huzairi melahirkan rasa kasihannya suatu hari.

“Macam terpaksa je…” Pandai juga dia membaca hati aku. Aku tersengih. Bapa dua anak ni memang pandai ‘membaca’ minda orang. Akupun tabik! Atau sebenarnya dia suka observe aku?

“Macam ni sampai bila-bilalah tak ada boyfriend.” Eheh! Laju je dia buat rumusan. Kenaikan pangkat tak sampai pun sebulan, terus dia buat kesimpulan?

“Mati ke kalau takde boyfriend?” Sengaja aku membakar situasi. Aku agak sensitif dengan isu itu. Huzairi pun satu. Sudah gaharu cendana pula. Dah tahu tapi sengaja berlakon, innocent konon! Lelaki itu tersengih dengan sindiranku. Usik la lagi...

“Tak la mati, tapi....... rugi!”

Hah? Rugi? Tak pernah dengar pun? Dapat tolak dosa dan bala adalah!

“Bukannya kena ada berdozen pun, cukuplah sorang buat teman. Mula-mula kawan, lepas tu…” Aku mencebik. Kawan yang seorang ni tak sah kalau tak usik aku. Mentang-mentanglah aku masih sendiri.

Sedang asyik mengemas, aku terjumpa sekeping poskad lama. Poskad dari Rafiq! Lama aku tidak menyebut nama itu. Sudah dua tahun. Tulisan dalam poskad masih lagi aku pegang. Pendorong aku sampai kini. Lama aku tenung kad itu. Membacanya berulang kali.

“Dari boyfriend ke?” Tanya Huzairi. Aku menggelengkan kepala. Kalaulah!

”Sumber inspirasi saja.”Jawabku. Kisah lalu, usah dibuka cerita. Bukankah aku yang meninggalkan hubungan itu? Tiba-tiba batukku datang lagi. Sudah sebulan aku begini. Huzairi menggeleng kepala. Aku cuba senyum dalam kepayahan. Bukan tidak mahu menerima rawatan. Kerjaku lebih penting. Aku kembali merenung poskad itu. Berulang kali membacanya sehingga tingkahku ditegur Huzairi yang duduk di sebelahku.

“Apa yang special sangat tentang poskad tu? I tengok dari tadi you asyik baca benda yang sama.” Tak sangka dia akan perasan kerana selalunya kami sibuk menyiapkan tugasan masing-masing.

“You intip I ya, Huzz?” Terperangkap, aku cuba mengelak.

“Dah depan mata, I tengoklah!” Huzairi tersengih membuat aku tersenyum.

“Betul ke?” Tanya Huzairi lagi. “Dari boyfriend, kan?”

Kali ini aku menggelengkan kepala. “Ada-ada aja you ni. Bukanlah!” Tingkahku.

“Kalau bukan macam yang I fikir, macam mana pulak? Kalau orangnya tak istimewa, takkanlah you asyik tilik kad tu. Kan?” Bijak Huzairi memerangkapku.

“Hanya inspirasi.” Jelasku pendek. Harap Huzairi tak bertanya apa-apa lagi. Itu kisah lalu. Malas membuka kenangan dan bercerita tentangnya.

“Lain macam aje bunyinya?” Komen Huzairi lagi. Aku hanya diam membiarkan dia dengan pendapatnya. Cukuplah setakat itu.

“Bukannya luakpun kalau you cerita. You simpan lama-lamapun buat apa. Cerita lama. I suka cerita-cerita macam ni. Nostalgic.” Huzairi belum habis rupanya. Jari-jariku kembali mengetuk keyboard. Malas nak layan.

“Cerita basi Zairi. Buat apa nak tahu.” Berat hatiku untuk berbicara tentang hal ini lagi. Tapi Huzairi seperti tidak mahu faham yang aku tidak suka berkongsi sesuatu yang peribadi dengan rakan sekerja. Walaupun aku tahu, sikap Huzairi yang terbuka dan mudah diajak berbicara.

“Kalau dia special, kenapa break off?” Tersentak dengan soalan itu, jariku berhenti menaip. Begitu tanggapan Huzairi? Dia sudah salah! Aku menarik nafas dalam-dalam, cuba mengingati secebis kenangan yang ada.

I was his junior but he’s already to complete his Bar. But we did not keep in touch anymore.”

Kami diam seketika. Tiba-tiba Huzairi bersuara lagi. Bosankah dia menyiapkan laporannya, asyik bertanya itu ini?

“Hanya dengan bagi dorongan, you boleh ‘tersangkut’? Wow! He must be someone special!” Kata-kata Huzairi sedikit tidak menyenangkan aku.

“Setakat memberi dorongan saja, bukannya ada apa-apapun. Hanya sebagai senior dan junior. Itu saja!” Suaraku tertinggi sedikit. Huzairi terdiam. Tidak mahu menyinggung sesiapa aku sambung bersuara.

“Dahlah. Habiskan kerja awak tu.” Tapi Huzairi semakin seronok.

“So, ini kes bercinta dengan seniorlah ni!” Huzairi memandangku sambil tersenyum nakal.

“Awak ni, suka sangat serkap jarang!” Kataku pura-pura marah.

“Habis, kalau bukan bercinta, apa pula?” Bibirku mengukir senyuman tawar.

“Kami setakat kenalan saja. Tak lebih dari itu.” Ulangku lagi. Tiba-tiba Huzairi bangun dan menyambar poskad itu dari softboard-ku. Aku terkejut dengan aksinya.

“Alah! Belakang office kita saja rumah dia nih!”

Aku menelan liur. Telah lama aku tahu hakikat itu tapi aku hanya mendiamkan diri.

“Rumah dia cuma beberapa kilometer sahaja dari office kita, you tak nak jumpa dia ke? Soalnya bertubi-tubi. Aku semakin rimas. Huzairi menarik kerusinya dan duduk menghadapku.

“Kalau I nak sangat jumpa dia, dulu lagi I dah cari dia. Ini, sekarang? Dah nak masuk 2 tahun! Dia mungkin dah tak ingat saya lagi.” Tegasku. Moga Huzairi faham. Tapi dia semakin tidak faham. Tentulah, kerana aku tidak menceritakan semuanya kepada dia. Fakta-fakta penting seperti…

“We’re just a friend, a pen pal, something like that. We never met, at all.” Aku membuka mulut akhirnya. Dahi jendul Huzairi berkerut.

“Bukan ke dia senior you?”

“Benar. But he’d already left when I enrolled.”

“Then, macam mana you boleh berkenalan pulak? Pelik ni!”

Aku mengeluh. Terasa membuka pekung didada pula. Tak apalah. Sudah terdedah. Simpanpun untuk siapa. Dah luak.

“Are you saying that you kenal dengan senior you through IRC?” Huzairi menebak tanpa duga. Aku sedikit terperanjat dengan soalannya. Begitu cepat dia membaca fikiranku? Aku menggelengkan kepala.

”Dahlah. Habiskan kerja awak tu. Nanti Coach bising. ”

Kalau tak kerana deadline, alamat Huzairi tak duduk diam sibuk nak tanya itu ini, mengalah polis Bukit Aman pula. Haila!

Masuk minggu seterusnya, batukku semakin menjadi-jadi sehingga mengganggu tumpuan kerja. Malah, aku juga sukar tidur kerana batuk pada malam hari. Akhirnya, aku terpaksa juga mengambil cuti kerana menghadiri temujanji dengan Dr Ampi, seorang chest specialist. Huzairi lah orang paling gembira bila aku beritahu tentang appointment aku. Satu kemenangan bagi dia, kalah bagi aku sebab ramalan dia benar. Batuk aku sudah teruk!

Waktu menunggu agak lama. Pesakit ramai. Mana yang walk-in, mana yang dah ada appointment macam aku. Yang straight dari wad pun ada. Naik bosan aku menunggu. Sebab tu la aku malas nak jumpa dia. Sebab aku boring menunggu macam buah durian tak gugur. Dengan masa terbuang, kalau aku duduk saja dipejabat, tentu yang selesai dua tiga perkara. Tak kisahlah kena dengar bebelan Huzairi yang over concern pasal aku.

Puas membaca majalah, aku perhati pula pesakit sekeliling aku. Tapi, yang paling menarik perhatianku ialah seorang lelaki berkerusi roda, duduk dihadapanku. Ada sesuatu tentang wajahnya yang pucat. Sesekali dia terbatuk. Kedengarannya amat menyakitkan. Pergelangan tangan kirinya ada tag pesakit. Tentu pesakit dari wad. Bila pandangan kami bertembung, aku sedikit tergamam. Tanpa sengaja, kami terbatuk serentak. Lama.

Reda batuk, kami saling berpandangan. Belum sempat lelaki itu memberikan reaksi, namaku sudah dipanggil pembantu Dr Ampi.

Kata doktor, bacaan peak flow meter dan keputusan chest X-Ray menunjukkan paru-paruku memang bermasalah. Acute Bronchial Asthma.

“Lain kali jangan ponteng lagi. Patut you datang jumpa I dua bulan lepas. Tengok, sekarang apa sudah jadi?”

Aku kena sound dengan Dr Ampi. Padan muka! Kalau Huzairi dengar ni, tentu dibantainya gelak tergolek. Salah aku juga. Pandai-pandai mengelak appointment sebab tak mahu menunggu macam tadi.

Bila aku keluar, lelaki tadi telah tiada. Rasa aku dia belum jumpa doktor. Jadi kemana dia? Rasa ringan saja mulut ini bertanya pada Karen yang bertugas di kaunter, tapi malulah pulak. Nanti Karen bagi soalan yang aku tak boleh jawab – ‘kenapa you nak tahu?’, macam mana? Depan pesakit-pesakit yang lain, tak ke mencari malu namanya tu.

Aku keluar dari klinik selepas Karen memberitahu yang doktor menasihatkan supaya aku kena admission, untuk monitoring. Kurang-kurang, seminggu memandangkan doktor amat tidak berpuashati dengan laporan pemeriksaan kesihatan aku tadi. Fikiranku terganggu.

Malah, bukan itu sahaja yang mengganggu fikiranku. Lelaki tadi! Aku kenalkah dia? Aku selak helaian lipatan kenangan. Siapakah yang berwajah serupa? Sukar untuk aku mengingati wajah itu apatah lagi namanya. Tapi gerak hati yang kuat mengatakan sebaliknya. Soalnya, kalau aku kenal, siapa pula dia tu?

Bila aku telefon pejabat yang aku kena masuk wad, Murni menjerit.

”Sapa suruh tak jaga betul-betul? Sekarang siapa yang susah? Aku jugak!”

Macam tu ke reaksi seorang kawan? Macamlah dia yang kena masuk wad? Bukannya nak tumpang simpati, tapi mengeluh pula! Aku tahu kalau aku tak ada kat pejabat, siapa lagi kalau bukan Murni yang kena ambil-alih kerja-kerjaku buat sementara waktu. Bukan banyak pun. Dua tiga benda sahaja. The rest, Coach akan ambil alih. Itupun nak bising ke?

”Nanti aku bagitahu Zairi, dengan Coach baik kau cakap sendiri. Appropriate.”

”Tahulah.” cuak pula mengenangkan ketiadaan aku menyusahkan orang lain. Bukan aku nakpun masuk wad ni. Dah doktor yang suruh! Tapi salah aku juga, siapa suruh tak jaga kesihatan betul-betul? Itu baru Murni. Kalau Huzairi, entah ayat apa pula dia nak guna!

But at least, they’re all care about me. Aku tahu sangat!

Dan orang yang paling last tahu, of course, Abah dan Ummi. Macam manalah Along tak bising.

”Kau ni as if bukan adik Along pula. Tak reti-reti ke nak bagitahu Abah dan Ummi awal-awal?” Giliran Along pula ’membelasah’. Dia lagi cuak sebab minggu ni Abah dan Ummi kena ikut dia bercuti di Cameroon Highlands bersama Kak Hani serta ibubapanya. Dah berbulan-bulan planning, takkan nak cancel hanya kerana aku masuk wad! Bukan sakit kronik nak matipun!

”Along enjoy je lah Cameroon tu. Angah bukan sakit nak mati pun.Batuk sikit je.” Kemudian, aku terus terbatuk-batuk kat corong telefon. Lagilah Along angin dengan aku.

”Batuk kat tempat lain tak boleh ke? Dengkilah tu nak kasi Along pekak?!” Jerit Abangku. Aku terkekek ketawa tapi berhenti bila tekak terasa gatal nak batuk semula.

”Serius ni. I am okay. Dr Ampi tu Cuma nak masukkan ubat dan observe. Itu pasal la kena masuk wad. Bukannya apa-apapun. Along bagitau elok-elok tau, nanti Ummi tu, Along tau la dia macam mana....”

Sesiapapun diantara kami faham sangat dengan perangai Ummi yang mudah risau. Dan tua-tua mana boleh risau-risau nanti stress. Darah Ummi naik lagi nanti.

”Pandai-pandailah Along. Ni kan anak kesayangan dia. Sure she will buy!” Sangat berlagak kenyataan Along itu tapi aku tak kisahpun. Anak lelaki tunggal, maklumlah.

Sudah dua hari aku berada di wad Hospital Pantai Bangsar. Hampir aku mati kutu kerana aku tidak betah duduk diam. Asyik teringat kerja-kerja di pejabat. Patut aku bawa bersama komputer riba.

Selesai menerima rawatan dari alat nebulizer, aku keluar berjalan-jalan. Tak sangka, aku bertemu lagi dengan lelaki itu. Dia masih berkerusi roda ditemani komputer riba. Aku berjalan melepasinya yang sedang leka menikmati minuman di Starbuck Cafe, bila namaku tiba-tiba diseru.

”Min?” Dadaku berdegup kencang. Aku berpaling mengadap lelaki itu.

”Min Inayah?” Mata kami bertaup. Aku memandangnya dengan penuh persoalan. Lama aku amati dia. Wajah itu sungguh asing! Tapi ada sesuatu dalam renungannya. Perasaannya seperti dekat dengan perasaanku.

”Rafiq?” Hanya nama itu yang mahu aku sebut ketika ini.

Spontan, wajah lesu itu mengukir senyuman.

I am sorry - 5

Masalahnya dia tak tahu yang Sara dah buang surat dia pada Dani. Dia duk tunggu jugak Dani reply surat tu. Tak kisahlah Dani nak kutuk ke, nak hentam dia cukup-cukup ke….janji dia ikut kata hati dia. Minta maaf dari Dani. Kalau Dani tak nak maaf jugak, itu Dani punya pasallah. Kau jawablah dengan Tuhan. Tak baik tau tak nak maafkan sesama Islam.

“Apa yang kau menungkan tu, Fisya?” tegur Mona. Nasib aku dapat room-mate suka layan perasaan sorang-sorang.

“Ingat Umi aku. Susah ke dia aku tak ada..” Awat la aku dapat room-mate yang prihatin..Fisya pandang Mona sekilas. Harap Mona tak perasan yang jiwa dia melayang tadi teringatkan orang lain. Mona tersengih. Takkan teringat emak sendiri sampai termenung lagu tu. Tembus dinding woo..kut iyapun nak kelentong aku carilah alasan yang munasabah sikit. Poyo je minah ni, ketawa Mona dalam hati.

“Alah..apa susah. Tipon je la. Macam lah sini takde telefon. Kalau coin tak cukup, ambik je la aku punya. Tada hal punya..” Kalau nak tipon mataair tapi malu nak mengaku pun aku tak kisah...gelak Mona lagi dalam hati.

Fisya terasa ada cili dalam mulutnya. Macamlah dia boleh telefon si Dani tu.. Mana dia ada nombor telefon Dani. Entah di dunia mana Dani berada sekarang. Masih di Dungun kah? Afifi dan Sara ada sekali kah? Seronoknya korang. Jeles aku. Aku kat sini dapat geng baru, tapi tak ada yang nak sakat aku hari-hari macam korang.. Fisya gigit bibir bawah. Dulu, bila kena usik, dia cebik je kat Dani dan Afifi. Sekarang, dia nak cebik kat sapa? Takde sapa-sapa…..

Bosanlah pulak! Takde excitement langsung! Sini semua nak kena ikut peraturan. Kena pulak dia dilantik oleh entah sapa yang gatal mulut calonkan dia jadi Ketua Blok. Hampeh betullah. Tahulah dia nampak ala-ala baik, sopan dan macam perempuan Melayu terakhir. Kalaulah diaorang ni tahu macam mana aku laser kan si Dani, tentu diaorang terkejut! Yang sebenarnya, dia pun sebenarnya dua kali lima je dengan orang lain yang nakal tahap sewaktu dengannya.

Seeing is believing. Diaorang ni Cuma nampak yang diaorang nak. Yang tersirat dan tersurat tu lah dia sendiri pun tak berapa benar nak kongsi. Fisya mengutuk dalam hati. Bukan dia tak boleh menyesuaikan diri, hanya diri sendiri yang sengaja keras kepala, memerintah sang hati agar rasa memberontak. Atau sebenarnya dia rasa sukar melepaskan keseronokan bersekolah dahulu. Kena usik dengan Dani itu seronok ke?

Fisya mengetap bibir. Seronok ke aku bila Dani usik? Diketawakan, jadi sindiran dan usikan Dani dan partners in crime beliau, mana ada seronokpun. Tak best langsung. Biarpun kadang-kadang bila Dani tak datang kelas, dia terasa macam ada satu ruang dalam hati yang rasa kosong bila tidak ada orang yang nak usik, kacau, ganggu hidup dia. Rasa kosong itulah dirasakannya sekarang.

Kalaulah Dani dan Afifi pun dapat masuk kolej macam Fisya! Tentu kroni dia yang kerjanya menyakat student perempuan dan lecturer perempuan hebat-hebat sebab kat kolej ada macam ragam orang.

Fisya mengelamun lagi. Kalau Dani masuk kolej macam dia, adakah Dani akan sakat dia seperti selalu? Atau bila dah keluar dari kepompong sekolah dan uniform sekolah, Dani dah tak pandang dia lagi? Iyalah, saingan Fisya dalam kolej ni semuanya hebat-hebat belaka. Malah lebih lagi.

“Kalau dah habis mengelamun tu, cepat-cepat la bersiap.”tegur Mona, kerana dilihatnya Fisya semakin larut dalam perasaannya. Sejak dia jadi room-mate si Fisya ni, selalu sangat dia nampak Fisya layan blues sorang-sorang.

Fisya berkerut dahi sambil menyembunyikan senyum. Kantoi lagi dengan Mona. Sure Mona akan cop dia macam-macam. “Nak gi mana?” dan buat muka blur.

“Jumpa senior la. Kan ada usrah kejap lagi?”

Fisya tepuk pipi. Alahai! Macam mana dia boleh terlupa? Bergegas Fisya mengambil wuduk sebelum menunaikan solat Asar. Nama aje Ketua Unit, tapi tak serupa tokoh ketua pun aku, kutuk Fisya dalam hati.

I am Sorry pt 4

Kata-kata Afifi terngiang-ngiang ditelinganya. Fisya ketap gigi. Aku buat Dani tukar sekolah. Tak jahat ke aku? Senakal-nakal Dani, aku tak patut malukan dia macam tu. Tentu ada cara lain nak tegur. Tapi mulut aku laser sangat. Tak padan dengan rupa dan perangai aku.

“Kalau kau tak cakap macam tu, tentu dia akan kacau kau lagi.” Ulang Sara. “lagipun, kau je yang fikir macam ni, aku tak rasa si Daniel tu berubah lepas kena tembak dengan kau.”

Dahi Fisya berkerut. Minah ni nak cakap apa sebenarnya? “Kau nak kata kalau aku cakap ke, tak cakap ke macam tu kat Dani, dia tetap macam tu jugak. Kan?”

Giliran Sara berkerut dahi. Dia sengih. Aku tersilap cakap ke? Alahai...macam mana nak cover ni? Karang menangis lagi minah ni. Tapi Fisya tak layan sangat kata-kata Sara tadi. Malah dia tetap dengan pendirian dia.

“Kalau kita buat baik kat orang, Allah akan balas baik kat kita. Lepas ni, tentu Allah akan beri balasan kat aku sebab buat Dani macam tu...kan?” Sara tepuk dahi. Sampai ke situ si Fisya ni berfikir? Budak ni sensitif sangat! Atau bila masuk bab Daniel je dia jadi sensitif?

“Kau ni janganlah macam tu sekali. Si Daniel pun selalu sangat usik kau. Padanlah dengan muka dia. Kalau aku pun aku akan buat macam kau. Agaknya parah lagi kut?” kata Sara sambil tergelak. Gelak jahat. Fisya geleng kepala. Dia ingat lagi apa yang Ustazah Ramlah ajar. Hadis Nabi ada mengingatkan kita semua, sekuat-kuat iman kita adalah memaafkan disaat hati kita benar-benar marahkan seseorang. Aku boleh kalah dengan amarah aku. Dahsyatnya iman aku, keluh Fisya. Rupa aku budak baik. Sopan santum. Tapi mulut aku boleh jadi selaser itu.

‘Aku menyampah sangat tengok muka kau. Muka tak tahu malu.’

Itulah yang Fisya semburkan ke muka Daniel Arif tempohari. Habislah aku, keluh Fisya lagi. Saham aku dah jatuh depan Allah. Kalau Ustazah Ramlah dengar, dia tentu beristighfar panjang. Kalau Umi dengar, tentu Umi pun tak sangka. Dididik dan diasuh bertahun-tahun dengan didikan agama. Belum lagi arwah Abah dan arwah Along dan Adik.

Maafkan Fisya, Abah. Maafkan Fisya, Umi. Iman Fisya masih tak sekuat yang sepatutnya. Tak mencirikan Fisya bersekolah agama. Memalukan Abah dan Umi saja.

Hari yang dijanjikan Umi tiba jua. Sara tolong Fisya kemas barang-barang. Umi masuk sampai ke dalam asrama. Sara bersalaman dengan Umi. Segan dia pada Fisya dan umi-nya. Lepas ni dia dan Fisya sudah berlainan status. Fisya bakal bergelar student kolej agama tapi dia masih pelajar sekolah menengah.

Fisya tahu Sara sedih sebab sejak tadi lagi mulut murainya tak berkicau. Waktu selesai memasukkan barang-barang ke dalam bonet, Sara peluk Fisya dengan erat. Tak nak lepas. Baru kenal Fisya sebulan setengah tapi macam dah kenal lama. Dia dah suka Fisya. Sekarang minah tu dah nak blah, tinggal la aku sorang diri. Boleh ke aku survive ni…

“Tulis surat kat aku ya?” Meleraikan pelukan mereka. Fisya tersenyum. Tahu yang Sara suka kawan dengan dia. Dia pun suka Sara. Sara baik dan ikhlas kawan dengan dia. Sara tak tanya banyak pasal dia macam kawan-kawan yang lain. Hal-hal peribadi dan keluarga i pun nak tahu. Masuk exam ke?

“Insya Allah. Aku cuba. Kau tahu lah aku dalam bab-bab menulis ni macam mana. Macamlah Dungun dan Gong Badak tu jauh kena naik flight.” sengih Fisya. Sara tumbuk bahu dia. Ouch! Kasarnya minah ni, asyik tumbuk orang je.

“Kau tulis pendek pun aku tak kisah. Janji kita tak putus kawan.”

Fisya angkat tabik spring. Arahan komander kena hormat. Sekali lagi Sara tumbuk bahu dia. Ouch! Main kasar pulak! Bahu kiri digosok. “Sakit la wei..”

Sara sengih. “Nanti aku tak leh tumbuk kau lagi. Kau tentu ingat penumbuk aku..”

Bila Sara cakap begitu, hati Fisya jadi sedih. Sejak semalam lagi dia sedih. Entah kenapa rasa sayu bila kenangkan yang Daniel Arif sanggup tukar sekolah kerana dia. Tak sempat dia nak minta maaf. At least, dia mahu Daniel Arif tahu, dia tak maksudkan apa yang dia kata. Tak kisahlah mamat tu nak fikir apapun. At least, dia dapat cakap apa yang sepatutnya. Bagaimana reaksi mamat tu nanti, itu kemudian kira. Jadi Fisya dah siang-siang sediakan sepucuk surat untuk Daniel Arif. Surat minta maaf. Susah dia nanti kalau Daniel Arif benar-benar bersumpah tak nak maafkan dia.

Selesai simpan semua beg dan barang-barang lain dalam kereta, Fisya dan Sara berpelukan erat. Ada air mata yang gugur tapi tak kisahlah. Perpisahan mana ada yang manis.

“Sar, aku ada permintaan masa ketiadaan aku nanti.” Rendah suara Fisya. Tak mahu Umi dengar butir bicaranya. Malu. Nanti Umi sangka lain dan mula tanya macam-macam. Parah dia nak cover line nanti.

Sara cuma angguk sebab dia tengah sebak sampai tak boleh nak bercakap. Sampul surat bunga-bunga yang comel itu Fisya selitkan ke dalam tudung Sara bersama genggaman tangan Sara. “Janji dengan aku, kau bagi ni kat mamat tu…” Moga Sara faham. Sara cuba selak tudungnya, nak tahu apa isi kandungan yang penting sangat sampai tak boleh nampak dek orang lain.

“Kau bagi kat dia tau. Aku mohon sangat-sangat.” Tekan Fisya lagi, walau suaranya perlahan. Bulat mata Sara memandang Fisya, tak percaya. Surat apa pulak ni? Bagi pulak kat mamat tu, biar betul si Fisya ni. Buang tebiat ke? Kata liat tulis surat, ini bila dengan Daniel Arif, lain pula ceritanya.

“Janji tau! Aku harap sangat…” tautan jari mereka terlerai. Sara masih terlongo memandang Fisya. Sungguh-sungguh si Fisya. Tak sangka! Apa, Fisya juga sudah menongkah arus dari benci jadi suka, pada Daniel Arif kah? Biar betul!

Kereta Fiat milik Umi Fisya makin jauh meninggalkan perkarangan asrama, Sara duduk dibangku bawah pokok. Hatinya menggelupur mahu tahu apa yang secret sangat Fisya nak sampaikan pada musuh ketatnya. Dipegangnya sampul surat berbunga itu, direnung dalam-dalam. Perasaannya berperang.

Nak aku beri kat Daniel Arif? Kata benci budak tu, tapi kirim surat?

Fisya minat kat Daniel Arif kah? Kata menyampah bila mamat tu sakat?

Astarghfirullah. Sara cepat-cepat memadamkan godaan yang datang. Atau Fisya menyesal kata macam tu kat Daniel Arif? Boleh jadi. Yang ini agak logic sikit kalau nak dibandingkan dengan yang mula-mula tadi.

Sampul surat itu direnung kembali. Kalau aku baca, Fisya bukannya tahu. Sinister smile Sara makin melebar. Jari jemarinya mula menyelongkar isi kandungan pada kertas putih itu. Makin dibaca, makin berubah air wajahnya. Senyumannya juga makin mengendur dan kendur lagi. Akhirnya senyuman itu mati. Wajah Sara berubah jadi cuka. Masam. Kelat.

Sampai hati kau Fisya! Rupa-rupanya kau suka kat Daniel Arif! Aku tak boleh terima. Dia musuh kita. Kau tak boleh suka dia. Lagipun dia tak suka engkau. Dia hanya suka usik engkau. Kenapalah kau nak perasan yang mamat tu syok kat engkau? Fisya, Fisya…aku tak sangka!

Sara bangun meninggalkan bangku. Angin tiba-tiba datang dan menerbangkan cebisan-cebisan kecil kertas putih ke perkarangan sekolah dan Aspuri. Sampul surat berbunga yang digumpal ditolak angin hingga ke tengah. Dan masuk ke longkang Aspura. Tak jauh dari kaki Afifi yang menendang bola ke pagar asrama. Marah kerana Daniel Arif, dia terheret sama ke bilik Cikgu Dolah.

Sudah dua minggu Fisya meninggalkan Aspuri. Kini menetap di Kampus, dia sering tertunggu-tunggu panggilan dari Umi. Tak adakah surat atau poskad untuknya? Rasanya dia telah menulis alamat rumah dengan betul. Atau mungkin salam maaf yang dihulurkannya tidak dibalas? Marah benarlah Daniel Arif pada dia. Memang benci sungguhlah dia pada Fisya.

Salah aku! Kalaulah aku tak keluarkan ayat power tu, tentu tak jadi begini. Kenapa lah lazer benar mulut ni? Marahkan orang, diri sendiri termakan hati. Fisya gigit jari.

Maafkan saya, awak! Bukan itu maksud saya…

Kalaulah awak tahu...

I am Sorry pt 3

Lauk kurma ayam yang menjadi kegemaran Fisya tidak bersentuh dalam tray makanannya. Pandangannya tertancap pada makanan di depan mata. Sara pelik tengok Fisya diam sejak balik dari kelas petang tadi. Nasi dibelek-beleknya, tapi tak bersuap ke mulut. Kira butir nasi ke? Dia nak tegur waktu lepas kelas tadi tapi Fisya jalanpun tak pandang orang. Tunduk macam nak cium lantai tapi tak cium-cium jugak.

Apa kena minah ni? Itu hari berani tahap tak ingat! Sekarang macam kucing mati bini. Senyap sunyi. Macam Power Puff Girl kena kidnap warna mereka dari Bonzer the Clown. Sunyi sepi. Kena langgar garuda ke apa minah ni?

“Hello?” Panggil Sara. Fisya mendongak. Dan tunduk kembali. Aik? Sara terkebil-kebil.

“Tak nak ayam tu, aku nak!” Usik Sara tapi Fisya tetap buat bodoh. Tak dengar ke minah ni? Sara menjentik jarinya sampai berbunyi depan muka Fisya. Fisya angkat muka. Masamnya kalah belimbing besi. Tajam matanya boleh luka berdarah. Kena sampuk ke minah ni?

“Perempuan! Ko ni apsal?” Sara panas hati. Apa kes tengok aku macam nak telan aku? Tiba-tiba air mata Fisya bergenang. Dia segera melarikan wajah ketempat lain. Sara makin hairan. Apa pasal pulak menangis tetiba ni?

Fisya kesat pipi basah dengan belakang tapak tangan. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Lagi sekali. Air mata dia tak mahu berhenti. Akhirnya Fisya bingkas bangun dan beredar sambil berlari-lari anak.

Aik? Kenapa dengan Fisya ni? Sara berdiri. Selera dia hilang lihat Fisya macam tu. Dia jejak langkah Fisya hingga ke bilik. Tak ada? Mana pulak minah ni pergi? Kemudian, Sara terdengar bunyi esakan dari katil atas. Lah! Lepak kat katil aku rupanya.

“Sya! Kenapa ni?” tanya Sara hampir berbisik. Tapi Fisya tak jawab. Dia cuma menangis dan terus menangis tersedu-sedu. Hiba pula Sara rasa tengok Fisya begitu. Aduhai! Siapa pula yang usik hati Fisya ni? Takkan si Daniel Arif lagi? Hari ni batang hidung mamat hantu tu tak kelihatan langsung di mana-mana kawasan sekolah. Malulah tu sampai tak datang sekolah! Lain kali usik lagi si Fisya ni. Baru kau tahu tinggi rendahnya langit.

Tapi kalau bukan Daniel, siapa lagi yang usik hati Fisya? Takkan peminat fanatic Daniel? Atau mungkin Fisya sedih sebab nak berpisah dengannya hujung minggu ni. But then, dia dah beritahu Fisya apa yang dia rasa dan apa yang dia harapkan dari perpisahan mereka. Masa dia cakap tu semua, Fisya tak nampak sedih pun?

Tak sedar bunyi esakan Fisya susut dan hilang tanpa nada. Lah! Sara tepuk dahi. Tidur kat katil aku la pulak?!Sara menggeleng. Dia masih lapar dan mahu sambung makan malamnya usai kelas. Mujur dia sudah tapaukan nasi dengan ayam kurma tadi. Karang tak makan pulak kawan aku ni.

Sara sanggup tunggu sampai Fisya bangun. Kes sampai keluar airmata ni tentu kes berat. Fisya yang dia kenal bukan jenis ratu airmata. Walau teruk mana kena usik dengan budak-budak lelaki satu species dengan Daniel, dia tak pernah lagi tengok Fisya menangis. Ini, sampai tertidur, jadi kes berat ni.

Bila Fisya terkulat-kulat bangun masuk tengah malam, Sara sudah menanti dengan maggi kari rendam air panas dalam bekas Tupperware-nya. Bau kari yang menyentap deria bau nya terus membuat Fisya lapar.

“Dah bangun ke minah?” Sara bertanya sambil “syyrrupp”. Sengaja kasi special effect kat Fisya. Perempuan tu belum makan lagi. Tak lapar ke?

“Laparnya! Nak sikit!” Tanpa disua, Fisya main ambil je bekas Tupperware dari tangan Sara. Dan disuapnya sesudu dua. “Ermm….laparnya..”

Sara geleng kepala. Maggi rendam air panas pun boleh jadi sedap. Lapar gila lah tu.

“Nasi dengan ayam kurma kau ada aku simpan. Kau makanlah nasi. Makan maggi aku pulak!” Sara menjuih. Nak korek rahsia hati minah ni kena psycho dia dulu. Pelan-pelan.

Mereka berdua bersila dilantai tatkala ramai teman-teman sudah lena dalam mimpi. Eloklah, mudah nak buka cerita nanti. Sara perhati Fisya makan. Lapar macam mana sekalipun masih makan pelan-pelan, tak gelojoh macam dia. Kena tunggu Fisya habis makan dulu. Kesian dia. Lepas mereka basuh tangan, gosok gigi dan basuh bekas makanan masing-masing, barulah Fisya rasa it’s about time to tell.

“Sar…kau rasa aku jahat ke?” Tak payah tanya, Fisya akan buka mulut sendiri. Sara sengih. Apa punya soalan lah tengah-tengah malam ni. Sara buat keningnya berkerut. Sengaja. Bagi minah ni rasa bersalah sikit sebab tinggalkan dewan makan, menangis tapi tak cakap kat dia kenapa. Main tidur terus pulak tu!

“Aku jahat ke?” tanya Fisya sekali lagi, bila tengok muka Sara macam kata ‘ya’.

“Kalau jahat tak adanya famili engkau hantar kau sekolah kat sini.” Sara rasa kesian pula. Tak baik dia tipu. Main-main pun Fisya ambil serius gak.

“Pasal Dani…” bibir comel Fisya sebut juga nama itu. Menarik nafas, Sara.

“Rileks lah. Pasal Dani tu, dah dia yang suka kacau engkau. Kalau tak kata macam tu, sampai bila-bila dia kacau nanti…”Kenapa Fisya masih nak fikir pasal Daniel? Daniel tak ada nak fikir pasal Fisya pun. Jangan buang karenlah, cik adik!
“Aku tak patut cakap macam tu kat dia….tak patut. Aku jatuhkan air muka dia depan kawan-kawan dia. Aku jahat, Sar!” Fisya masuk mode sedih dia semula. Aduyai!

I am Sorry - 2

Petang itu juga, Daniel Arif kena panggil ke bilik Cikgu Dolah. Afifi pun. Dan beberapa orang lagi. Heboh satu sesi sekolah petang, anak Pegawai Daerah kena panggil dengan Guru Besar dan Guru Disiplin! Fisya tak tahu berapa das Daniel Arif kena. Tapi bila mereka berselisih di luar bilik guru, Fisya tahu, teruk juga Daniel Arif kena. Cedera parah! Sampaikan Daniel Arif tak nak pandang dia langsung. Straight je mamat tu jalan. Afifipun sama. Dikalih wajahnya, macam jijik nak pandang dia lagi. Fisya ketap gigi. Apa aku dah buat?

Depan Cikgu Dolah, Fisya cerita semua yang Daniel Arif buat. Nakal dia. Kurang ajar dia. Sampai bengkok rotan bulu ayam Cikgu Dolah menahan geram. Dari sesi itu, Fisya dapat tahu, yang Daniel Arif bakal diambil tindakan susulan jika dia mengulangi perbuatannya. Tapi Fisya tak cerita apa yang dia jerit kat budak nakal tu. Agak-agak Cikgu Dolah ada dengar kut? Tapi kalau dia dengar, apsal dia tak ada komen apa-apa? Lantak lah! Janji si Daniel Arif tak kacau aku lagi.

“Kita sekolah agama. Malu saya kat sekolah menengah biasa. Ikutkan kita yang lebih sopan dan beretika. Ini tidak! Perangai mengalahkan sekolah lain. Budak-budak tadika Kemas pun lebih disiplin dari ni…” Petang itu, panjang ceramah Cikgu Dolah kena masuk dalam telinga dan otak Fisya. Macam sindir aku sekali je? Betullah tu. Cikgu Dolah dah dengar ayat power aku tadi. Nasi dah jadi bubur. Terlajak kata, terimalah akibatnya. Tapi yang menanggung bukan aku tapi Daniel Arif. Habis, sapa suruh gatal sakat aku lagi?

Dan petang itu juga Fisya dapat tahu dari Umi, surat tawaran sambung belajar sudah sampai. Amin! Allah makbulkan doa aku!

“Papa malu dengan kamu ni Daniel! Apa nak jadi haa?” Mengamuk juga Encik Ahmad bila terima panggilan dari Guru Besar sekolah Daniel Arif. Anak dia kena warning sebab usik anak dara orang. Tak pernah-pernah dibuatnya dalam keluarga ada masalah di sekolah macam Daniel Arif. Abang kakak Daniel Arif semua rekod first class. Cantek. Baik punya sama ada bidang akedamik mahupun bidang sukan dan ko-ko. Tapi si Daniel Arif ni, boleh pecah rekod!

Bila kena marah, Daniel Arif buat selamba derk. Macam tade apa-apa berlaku. As if kes kena rotan, kena denda isu kecil je. No hal punya! Mama menggeleng bila Daniel Arif boleh menjawab dengan Papa.

“Small matter je Pa. Lan bukan buat benda jahat pun.” Itupun Papa nak heran ke? Setakat usik anak dara orang, bukannya sentuh, pegang, cium atau lebih-lebih pun. Itupun Papa nak takut? Tak faham Daniel Arif. Memang dia tak faham.

Small matter? Ni, muka papa ni mana nak letak? Nama aje anak D.O, tapi tak tahu nak jaga nama baik Papa…”

Daniel Arif mendengus. Nama baik Papa je yang nak jaga. Nama baik anak sendiri, Papa tak peduli pun? Esok, macam mana lah dia nak ke sekolah? Sure dah heboh satu sekolah punya! Kes-kes macam ni, ramai yang jadi reporter. Fisya tentu seronok. Puas lah hati dia. Tak apa kau Fisya! Kau ingat, kau boleh lepas macam tu je lepas kau report macam-macam kat Cikgu Dol Botak tu? Terngiang-ngiang ayat power Fisya yang menjatuhkan maruah lelakinya. Sampai hati kau Fisya!

“Esok, tak payah sekolah. Papa akan tukarkan ke sekolah lain.” Encik Ahmad beri kata putus. Daniel Arif garu kepala yang tak gatal. Pulak dah!

Berita Fisya buat Daniel Arif kena mengadap Cikgu Dolah cepat tersebar ke seluruh Aspuri. Macam virus Melissa. Dari dewan makan sampai ke dalam bilik air. Kat tempat basuh kain pun keluar cerita tu. Fisya rasa macam artis sekejap. Glamor tak pasal-pasal. Macam bagus sangat popular sebab sound anak D.O.

Ada yang suka Fisya layan Daniel Arif macam tu. Sebab dia tu memang hantu bila bab mengusik dan mengenakan orang, terutama budak perempuan. Tapi ada juga yang tak setuju dengan Fisya. Sebab Daniel Arif tu ibarat Justin Bieber di hati mereka. Atau Sam Worthington. Atau Hiro Mizushima mereka dalam cerita Hana Kimi. Peminat-peminat Daniel Arif merangkumi Tingkatan Satu hinggalah ke Tingkatan Enam. Dah namanya anak DO, handsome bergaya, orang kaya, sesuai sangat jadi calon pakwe.

Tapi Fisya tak ambil port tentang hal Daniel Arif dan peminat-peminatnya. So what kalau ramai penyokong? Ada aku kisah?

Akan tetapi, bila Fisya layan Daniel Arif macam tu, tak pasal-pasal dia kena pangkah dengan peminat Daniel Arif. Makin ramailah musuh yang tak dicari. Pada mereka, Fisya memang bodoh dan sombong sebab buat Daniel Arif macam tu. Mereka semua berebutkan Daniel Arif, si Fisya boleh mentah-mentah tolak. Kucing mana boleh tolak ikan? Tapi Fisya bukan kucing. Daniel Arif tu yang bapak kucing. Selalu pandang Fisya macamlah dia ikan! Kena lah dengan gelaran Fishbone dia.

Bila Umi beritahu pasal surat tawaran itu, hati Fisya macam dalam taman. Berbunga-bunga. Dia tak perlu lagi melalui hari-hari memeritkan kena usik dengan Daniel Arif dan sekutunya. Atau kena perlekeh dengan peminat anak DO yang mengalahkan kelab peminat artis! Setidak-tidaknya, dia cuma akan rindukan Sara. Sara seorang je. Betul ke?

Fisya mengeluh. Dia kena minta maaf dengan mamat tu tu, tapi macam mana? Cerita dia dapat offer masuk U pun tak dikongsi dengan sesiapa. Termasuk Sara. Tak tahu macam mana nak bagitahu Sara. Budak tu kecil hati nanti. Merajuk. Tak tahu nak pujuk Sara. Bab memujuk orang ni yang Fisya lemah sekali.

“Kau macam ada masalah.” Tegur Sara lepas waktu study. Fisya sengaja keluar awal sebab nak elakkan cemuhan peminat fanatic Daniel Arif. Bila Fisya geleng, Sara tarik lengannya. Kasar.

“Woi! Sakitlah!”

“Padan muka! Tak nak cerita lagi kat aku!” Wah! Mandat apa Sara ni, main kasar pulak bila orang tak nak bocor rahsia. KGB ke apa minah ni? “Baik kau cerita kat aku!” Dah la main kasar, lepas tu ugut orang pula.

Fisya mencebik. Masalah dia dan Daniel ARif pun belum selesai. Sekarang nak berhadapan dengan Sara pula. Fisya memicit dahinya. Cakap saja, tak apa kut? Kalau tak cakap, lagilah orang tu marah-marah.

“Aku nak berhenti.” Haa? Terangkat kening Sara. Apa hal budak ni? Kena kacau dengan anak D.O sampai nak berhenti sekolah? Takkanlah kut.

“Apa yang kau melalut ni? Ce cerita kat aku…” lagak seorang gangster bila Sara mula singsing lengan baju. Macam nak ajak gaduh, tak tahu dengan siapa. Fisya lihat sahaja aksi Sara.

“Aku…er…Umi aku called semalam. Surat tu dah sampai…”

Surat? Rahang Sara terjatuh. Surat yang dia sendiri harap sangat nak dapat. Tapi tak ada bayang langsung untuknya. Tapi Fisya? Fisya tenung muka Sara yang berubah. Kan dah cakap tadi. Minah ni tentu terasa. Nak cakap apa kat Sara pun dia tak tahu dah. Hilang semua karangan ayat. Blank. Tiba-tiba, Sara berjalan tinggalkan Fisya. Terpinga-pinga Fisya. Dia marah aku ke?

Umi call lagi. Bagitahu nak datang bawa Fisya pulang hari Jumaat. Nak tak nak, dia kena ikut kata Umi. Soal study soal masa depan. Kalau dia tolak, tak tahu bila lagi peluang macam tu nak datang, Kalau Sara jadi dia, Sara pun akan buat keputusan serupa. Jadi dia kena pujuk Sara. Takkan nak blah macam tu saja? Macam nak putus kawan?

“Kau nak tinggalkan aku? Sampai hati..” Sara menahan rasa hati. Sejak dia tahu pasal offer letter yang Fisya terima, dia menjauhkan diri. Merajuk. Tapi sampai bila dia nak macam tu? Fisya tak salah apa-apa pun padanya. Orang baru nak kawan-kawan, dia dah nak blah.

“Aku sambung belajar pun kau nak sedih. Rileks la.” Tak matang jugak si Sara ni. Fisya sentuh bahu Sara. Memautnya mesra.

“Aku jeles lah, aku apply tak dapat. Kau pulak…” Air mata Sara dah bergenang. Fisya rasa nak senyum tapi takut Sara kecik hati. Sentimental juga minah KGB ni.

“Belajar kat mana-mana sama je. Janji kita capai cita-cita..” Fisya cuba jugak pujuk si Sara. Tak best la tengok orang tu sedih. Dapat masuk U bukannya berita sedih.

“Kalau sama, tak payah lah kau pergi. Sini pun best, apa..” Sara pujuk diri sendiri. Dan Fisya. Kalau Fisya tak ada, aku nak geng dengan sapa lagi? Si Thirah tu? Ulat buku tu tak bergaul sangat. Nak kena jadi buku baru Thirah pandang dia dengan dua mata. Takkan aku nak kena putar alam, jadi ulat buku macam Thirah?

“Aku nak sangat masuk situ. Umi sedih kalau aku tolak.” Fisya cuba buat Sara rasional. Masuk bab famili tentu Sara tak boleh nak buat apa-apa. Kuasa veto kan kat tangan famili.

“Aku sedih kau tinggalkan aku. Aku tak ada kawan nanti. Mati kutu lah aku..” Air mata yang bergenang masih ditahan tak kasi tumpah. Save for the best.

“Kalau tak ada geng, kau kawan lah dengan si anak D.O tu. Sure kau boleh jadi kawan baik.” Spontan sahaja keluar dari mulut Fisya. Biarpun hati rasa iri. Kalau iya jadi macam tu, kenapa dia nak iri dengan Sara? Daniel Arif memang tak suka dia. Sebab tu Daniel Arif suka sakat dia. Suka buat dia marah dan sakitkan hati dia. Tapi Daniel Arif tak kacau Sara. Dia tak layan Sara macam dia layan Fisya. Benci benar Daniel Arif dengan dia. Kenapa ya? Apa salah Fisya? Hatinya sayu.

Sara tumbuk bahu Fisya. Apa kes si Fisya nak suruh dia berbaik dengan musuh ketat Fisya? Musuh Fisya musuh dia juga. Takkan nak berpaling tadah?

“Adoii!” Tersentak lamunan Fisya. Hilang wajah smart and sweet anak D.O itu.

“Padan muka! Cakap lagi macam tu.” Muncung itik Sara sudah keluar. Alahai…

Sejak berselisih dengan Daniel Arif di luar bilik Cikgu Dolah tempohari, Fisya tak nampak lagi kelibat mamat tu di mana-mana. Ke mana hilangnya? Nampak Afifi berjalanpun berseorangan. Kalau dia tanya Afifi agak-agak mamat tu beritahu tak?

Dari jauh, Fisya mengekori Afifi. Sara tak ada sebab dia kena tolong Ustazah Ramlah angkat barang di koperasi sekolah. Makin lama Afifi makin mempercepatkan langkahnya. Meninggalkan Fisya terkial-kial cuba menjejaki kawan musuh utamanya. Afifi sedar ke aku ikut dia? Tiba di hujung blok, Fisya tersentak bila Afifi sudah betul-betul berdiri dihadapannya.

“Kau ni, kus semangat aku!”

“Kau apa hal ikut aku?” Renungan Afifi mengeluarkan api, Fisya dapat rasakan bahang dalam suaranya. Masih marah aku lah tu. Fisya cuba senyum. Tenanglah hati.

“Err..aku…aku cari Dani..” Belum apa-apa, Afifi sudah potong ayatnya.

“Apa hal kau carik Dani? Kau dah malukan dia depan semua orang! Kau buat kami kena ngadap si Botak tu, sekarang kau carik dia? Kau nak apa sebenarnya?” Afifi tolak bahu Fisya sampai perempuan itu terdorong ke belakang.

Main kasar ya? Takkan si Fifi ni sampai nak belasah aku kut iya pun! Fisya mengetap gigi. Takut pun ada, buat-buat berani pun ada.

“Aku nak minta maaf.” Sekali lagi Afifi halang dia bersuara. Tangannya diangkat. Mukanya tunduk. Tak ingin pandang muka Fisya yang dah sakitkan hatinya dan hati sahabatnya.

“Aku takkan maafkan kau. Aku tahu Dani pun takkan maafkan kau. Sampai macam tu sekali kau malukan Dani, besar sangat ke dosa dia kat engkau?” Afifi menengking Fisya dengan kuat. Fisya menikus. Tak naklah sampai dia bergaduh besar dengan mamat ni. Orang cuma nak minta maaf, awak marah-marah kita pulak. Fisya buat muka tak percaya.

“Korang ejek-ejek aku tu tak apa pulak? Depan budak-budak lelaki lain, panggil aku macam-macam nama, itu apa pulak?” Baru tegang pada wajah Afifi mengendur. Boleh tahan minah ni? Dia lawan balik! Tapi Fisya tak berhenti di situ je. “Korang perlekeh aku tak apa? Aku jentik korang sikit tak boleh? Sapa dosa dengan sapa ni?” Renung Fisya dengan tajam.

Afifi undur setapak. Nak larikan diri lah tu. Pengecut!

“Wei! Aku tanya Dani pegi mana?” jerit Fisya bila Afifi ala-ala nak buka langkah seribu.

“Dia nak tukar sekolah. Pasal kau lah!” laung Afifi sebelum hilang dari mata Fisya.

Aaa? Daniel Arif nak tukar sekolah? Aku buat Dani tukar sekolah?

Fisya hampir terjelepuk ke lantai.

I am Sorry - 1

Fisya benci budak lelaki. Dari kecil sampai besar, tak habis-habis sakat Fisya. Malu Fisya bila dipanggil dengan macam-macam nick name. Lepas tu diketawakan bila Fisya dah start catwalk. Paling bengang bila Fisya jalan macam nak cium lantai. Dan terlanggar tiang! Malu jangan ceritalah. Kalau buat karangan, boleh jadi hikayat. Bertan-tan lagi kisah malu Fisya yang species itu ketawakan.

Itu yang buat Fisya rasa tak boleh blah. Rasa macam nak tumbuk-tumbuk je depa buat sambal belacan. Tapi Fisya tak berani nak tumbuk budak-budak lelaki tu. Pernah cuba berlagak tak lut bila diusik. Kontrol semacho habis. Kebal konon. Sia-sia! Lagi kuat kena sakat adalah! Bikin merah pipi hidung adalah. Lagilah sakan budak-budak lelaki usik dia. Ya Humairah! Dear Snow White! Senorita! Selagi dia tak tutup muka berlari anak sembunyi diri dalam kelas!

Dari sekolah rendah, masuk sekolah menengah sampai ke Tingkatan Enam. Tak ada budak lelaki yang tak suka sakat Fisya. Nak kata dia menggatal dan layan species itu, tak pernah hayat dibuatnya. Nak menggeletis, gedik bagai, memang bukan stail Fisya. Lagi dikatakan budak sombong, adalah. Kena gelar Ikan Kering. Fish bone lah. Ikan emas lah. Anak OKS (orang kaya sombong) lah. Padahal mak ayah Fisya orang biasa-biasa saja. Bukan kaya mana pun. Kaya lagi si Daniel Arif tu.

Déjà vu kah? Kena sumpah tujuh keturunan?

Hingga hidup Fisya aman tak pernah aman.

Dalam ramai kaki sakat kat sekolah Tingkatan Enam, Daniel Arif is one of the culprit. Siapa sangka mamat bermuka baik dan sweet looking, tak ada rupa nakal langsung rupanya…. Fisya betul-betul sangka Daniel Arif tak serupa mereka. Adalah juga saki baki mamat smart yang boleh dibuat calon boyfriend. Tak dapat jadi boyfriend, berangan dapat jadi mataair dia pun dah kira orait. Tapi hampeh. Daniel Arif tu dua kali lima jugak.

Nampak baik konon! Nama aje sekolah agama, tapi perangai sama macam budak sekolah menengah. Kadang-kadang mengalahkan budak sekolah jahat. Hisap rokok lah. Tuang kelas lah. Buat drawing kat dinding sekolah. Kreatif, konon. Tak cukup dengan tu, buat ala-ala gores dan menang kat kereta guru disiplin. Kena denda, kena rotan, tapi macam Fisya juga, Daniel Arif and the gang tetap berlagak macho. Tak lut.

One fine day. Sara teman Fisya ke kelas sebelah jumpa Thirah. Nak pinjam nota. Thirah rajin buat nota. Exam jauh lagi tapi Thirah suka prepare awal. Masa lalu tepi kelas Thirah, Daniel Arif dan Afifi sedang bersidai di tepi kelas, standby nak kacau Fisya. Kerja kat tollgate ke apa mamat ni. Agaknya ada cita-cita nak kerja jadi jurutol kut!

“Sya! Tu..” Sara tarik lengan baju Fisya. Terhenti langkah mereka. Bibir Fisya menjuih. Ah, sudah! Apa mamat ni nak? Siulan Daniel Arif sudah sampai ke telinganya. Dada Fisya mula sesak dengan debar dan resah.

“Dia lagi? Takde keje ke dia ni?” Fisya tak berani nak tenung muka Daniel Arif.

“Kita lalu jalan lain lah.” Cadang dia. Balik ke hujung bangunan dan jalan keluar, masuk balik ke kelas mereka dari arah bilik guru. Punya lah jauh kalau nak dibandingkan kelas mereka sebelah kelas Thirah saja. Fisya dah cuak. Takkan nak kena lalu depan mamat short circuit ni? Kena karen aku nanti. Fisya garu kepalanya yang bertudung. “Sar, camane nih?”

Sara lihat jam. Tinggal dua minit lagi sebelum kelas Cikgu Dolah. Kalau lambat, tak pasal-pasal kena denda. Siapa tak kenal Cikgu Dolah dan jenis-jenis dendanya yang mengalahkan silibus Sastera Melayu! “Belasah je Sya! Dah lambat ni!” Tubuh kurus Fisya ditolak ke depan. Terdorong Fisya sehingga dia berdiri betul-betul depan Daniel Arif. Dengan senyuman nakal, Daniel Arif terus berdiri mengadap Fisya. Siap dihembus nafasnya ke muka Fisya.

Apa lagi, sawan satu badan lah Fisya. Tak guna! Main tiup-tiup apa kes? Mamat ni mereng ke apa? Tak tahu hukum ke?

“Tepi sikit boleh tak?” Ditekankan ‘tepi’, Fisya mengetap gigi.

Sengih Daniel Arif makin lebar. “Apsal? Kalau aku tak nak?” Disuakan mukanya kepada Fisya.

“Kau ni gila ke apa?” Fisya undur setapak. Darah dah menerpa ke muka. Merah dan marah jangan cerita lah! Genggaman Fisya makin erat. Dia penat kena layan perangai budak bawah umur macam Daniel Arif and the gang. Kalaulah ada Power Puff Girls, boleh tolong ajar sikit species Mojo Jojo luar alam ni!

“Kenapa, kau takut ya?” Daniel Arif makin berani merenung muka Fisya dengan dekat. Oh! Please! Fisya sudah kecut perut. Dia tunduk wajahnya sambil pejam mata. Bencinya pada lelaki masa tu Tuhan saja yang tahu.

“Yang kau ni dengki apsal? Tepi lah kot iya pun!” Sara yang bisu dari tadi mengeluarkan suara. Tak suka lihat si Daniel Arif merapati teman baiknya. Rasa cemburu dan berbulu. Tapi Daniel Arif dan Afifi buat bo layan kat Sara. Mereka suka sakat Fisya je, bukan Sara. Sara tak comel macam Fisya. Bibir mongel Fisya, mata bulat Fisya, lesung pipit Fisya, hidung mancung comel Fisya, merah pipi Fisya, dahi luas Fisya walaupun terlindung sedikit oleh tudungnya. Tak kisahlah tubuh Fisya kurus ceding tak berisi macam Sara, tapi pada mata Daniel Arif, Fisya lah yang paling meletup! Darah keturunan ke apa si Fisya ni? Jambu betul! Angau aku dibuatnya!

“Aku tak kacau kau la Sara!” Sekali lagi Daniel Arif tiup muka Fisya kuat-kuat. Sampai mendidih darah Fisya. Jangan kurang ajar! Spontan Fisya tutup mukanya dengan kedua belah tangan. Melindungi dari mata Daniel Arif yang merenung dengan muka sangat tak boleh blah.

“Senyumlah. Aku nak tengok lesung pipit kau tu, ya Humairah!” Serentak dengan itu, sorakan dan siulan budak-budak lelaki dari kelas Fisya dan kelas sebelah kedengaran sangat kuat dan semakin happening. Ah, sudah!

‘Ya! Ya, Humairah!”

“O’ Humairah. Senyumlah.” Ada yang menjerit nama Fisya,

“Fish Bone!”,“I lap you Tulang Ikan!”, “Muah! Muah! Muah!”

“Jadilah makwe aku!”

Ada yang bertepuk tangan. Ada yang menepuk dinding. Bangunan kelas mereka bangunan kayu. Makin bisinglah suasana. Keadaan semakin gila.

Fisya makin tertekan. Daniel Arif masih menghalang laluan. Kalau dia tak ikut cadangan Sara tadi tentu mereka dah sampai ke kelas. Dan Cikgu Dolah, kenapa lah tak lalu-lalu lagi? Boleh interfrem tak? Budak Daniel Arif ni dah makin kurang ajar! Karang ada yang kena lazer dengan Ultraman ni!

Fisya tutup telinga. Lawan Fisya! Kau kena kuat! Sampai bila nak biar dia buli engkau?’

Tepukan makin hebat. Hiruk pikuk jadi kuat. Daniel Arif makin seronok menatap wajah kemerahan itu. Fisya, Fisya! Tengah marahpun kau masih cute. Aduhai! Kena guna-guna ke aku ni?

Dan ketika itulah. Fisya jerit kuat-kuat hambur ayat power itu.

Sampai berubahlah air muka Daniel Arif. Afifi disebelah sampai jatuh rahang.

Suara hiruk pikuk tadi juga terdiam.

Sara pandang Fisya, tak percaya! Minah ni, biar betul!