I am Sorry pt 4

Kata-kata Afifi terngiang-ngiang ditelinganya. Fisya ketap gigi. Aku buat Dani tukar sekolah. Tak jahat ke aku? Senakal-nakal Dani, aku tak patut malukan dia macam tu. Tentu ada cara lain nak tegur. Tapi mulut aku laser sangat. Tak padan dengan rupa dan perangai aku.

“Kalau kau tak cakap macam tu, tentu dia akan kacau kau lagi.” Ulang Sara. “lagipun, kau je yang fikir macam ni, aku tak rasa si Daniel tu berubah lepas kena tembak dengan kau.”

Dahi Fisya berkerut. Minah ni nak cakap apa sebenarnya? “Kau nak kata kalau aku cakap ke, tak cakap ke macam tu kat Dani, dia tetap macam tu jugak. Kan?”

Giliran Sara berkerut dahi. Dia sengih. Aku tersilap cakap ke? Alahai...macam mana nak cover ni? Karang menangis lagi minah ni. Tapi Fisya tak layan sangat kata-kata Sara tadi. Malah dia tetap dengan pendirian dia.

“Kalau kita buat baik kat orang, Allah akan balas baik kat kita. Lepas ni, tentu Allah akan beri balasan kat aku sebab buat Dani macam tu...kan?” Sara tepuk dahi. Sampai ke situ si Fisya ni berfikir? Budak ni sensitif sangat! Atau bila masuk bab Daniel je dia jadi sensitif?

“Kau ni janganlah macam tu sekali. Si Daniel pun selalu sangat usik kau. Padanlah dengan muka dia. Kalau aku pun aku akan buat macam kau. Agaknya parah lagi kut?” kata Sara sambil tergelak. Gelak jahat. Fisya geleng kepala. Dia ingat lagi apa yang Ustazah Ramlah ajar. Hadis Nabi ada mengingatkan kita semua, sekuat-kuat iman kita adalah memaafkan disaat hati kita benar-benar marahkan seseorang. Aku boleh kalah dengan amarah aku. Dahsyatnya iman aku, keluh Fisya. Rupa aku budak baik. Sopan santum. Tapi mulut aku boleh jadi selaser itu.

‘Aku menyampah sangat tengok muka kau. Muka tak tahu malu.’

Itulah yang Fisya semburkan ke muka Daniel Arif tempohari. Habislah aku, keluh Fisya lagi. Saham aku dah jatuh depan Allah. Kalau Ustazah Ramlah dengar, dia tentu beristighfar panjang. Kalau Umi dengar, tentu Umi pun tak sangka. Dididik dan diasuh bertahun-tahun dengan didikan agama. Belum lagi arwah Abah dan arwah Along dan Adik.

Maafkan Fisya, Abah. Maafkan Fisya, Umi. Iman Fisya masih tak sekuat yang sepatutnya. Tak mencirikan Fisya bersekolah agama. Memalukan Abah dan Umi saja.

Hari yang dijanjikan Umi tiba jua. Sara tolong Fisya kemas barang-barang. Umi masuk sampai ke dalam asrama. Sara bersalaman dengan Umi. Segan dia pada Fisya dan umi-nya. Lepas ni dia dan Fisya sudah berlainan status. Fisya bakal bergelar student kolej agama tapi dia masih pelajar sekolah menengah.

Fisya tahu Sara sedih sebab sejak tadi lagi mulut murainya tak berkicau. Waktu selesai memasukkan barang-barang ke dalam bonet, Sara peluk Fisya dengan erat. Tak nak lepas. Baru kenal Fisya sebulan setengah tapi macam dah kenal lama. Dia dah suka Fisya. Sekarang minah tu dah nak blah, tinggal la aku sorang diri. Boleh ke aku survive ni…

“Tulis surat kat aku ya?” Meleraikan pelukan mereka. Fisya tersenyum. Tahu yang Sara suka kawan dengan dia. Dia pun suka Sara. Sara baik dan ikhlas kawan dengan dia. Sara tak tanya banyak pasal dia macam kawan-kawan yang lain. Hal-hal peribadi dan keluarga i pun nak tahu. Masuk exam ke?

“Insya Allah. Aku cuba. Kau tahu lah aku dalam bab-bab menulis ni macam mana. Macamlah Dungun dan Gong Badak tu jauh kena naik flight.” sengih Fisya. Sara tumbuk bahu dia. Ouch! Kasarnya minah ni, asyik tumbuk orang je.

“Kau tulis pendek pun aku tak kisah. Janji kita tak putus kawan.”

Fisya angkat tabik spring. Arahan komander kena hormat. Sekali lagi Sara tumbuk bahu dia. Ouch! Main kasar pulak! Bahu kiri digosok. “Sakit la wei..”

Sara sengih. “Nanti aku tak leh tumbuk kau lagi. Kau tentu ingat penumbuk aku..”

Bila Sara cakap begitu, hati Fisya jadi sedih. Sejak semalam lagi dia sedih. Entah kenapa rasa sayu bila kenangkan yang Daniel Arif sanggup tukar sekolah kerana dia. Tak sempat dia nak minta maaf. At least, dia mahu Daniel Arif tahu, dia tak maksudkan apa yang dia kata. Tak kisahlah mamat tu nak fikir apapun. At least, dia dapat cakap apa yang sepatutnya. Bagaimana reaksi mamat tu nanti, itu kemudian kira. Jadi Fisya dah siang-siang sediakan sepucuk surat untuk Daniel Arif. Surat minta maaf. Susah dia nanti kalau Daniel Arif benar-benar bersumpah tak nak maafkan dia.

Selesai simpan semua beg dan barang-barang lain dalam kereta, Fisya dan Sara berpelukan erat. Ada air mata yang gugur tapi tak kisahlah. Perpisahan mana ada yang manis.

“Sar, aku ada permintaan masa ketiadaan aku nanti.” Rendah suara Fisya. Tak mahu Umi dengar butir bicaranya. Malu. Nanti Umi sangka lain dan mula tanya macam-macam. Parah dia nak cover line nanti.

Sara cuma angguk sebab dia tengah sebak sampai tak boleh nak bercakap. Sampul surat bunga-bunga yang comel itu Fisya selitkan ke dalam tudung Sara bersama genggaman tangan Sara. “Janji dengan aku, kau bagi ni kat mamat tu…” Moga Sara faham. Sara cuba selak tudungnya, nak tahu apa isi kandungan yang penting sangat sampai tak boleh nampak dek orang lain.

“Kau bagi kat dia tau. Aku mohon sangat-sangat.” Tekan Fisya lagi, walau suaranya perlahan. Bulat mata Sara memandang Fisya, tak percaya. Surat apa pulak ni? Bagi pulak kat mamat tu, biar betul si Fisya ni. Buang tebiat ke? Kata liat tulis surat, ini bila dengan Daniel Arif, lain pula ceritanya.

“Janji tau! Aku harap sangat…” tautan jari mereka terlerai. Sara masih terlongo memandang Fisya. Sungguh-sungguh si Fisya. Tak sangka! Apa, Fisya juga sudah menongkah arus dari benci jadi suka, pada Daniel Arif kah? Biar betul!

Kereta Fiat milik Umi Fisya makin jauh meninggalkan perkarangan asrama, Sara duduk dibangku bawah pokok. Hatinya menggelupur mahu tahu apa yang secret sangat Fisya nak sampaikan pada musuh ketatnya. Dipegangnya sampul surat berbunga itu, direnung dalam-dalam. Perasaannya berperang.

Nak aku beri kat Daniel Arif? Kata benci budak tu, tapi kirim surat?

Fisya minat kat Daniel Arif kah? Kata menyampah bila mamat tu sakat?

Astarghfirullah. Sara cepat-cepat memadamkan godaan yang datang. Atau Fisya menyesal kata macam tu kat Daniel Arif? Boleh jadi. Yang ini agak logic sikit kalau nak dibandingkan dengan yang mula-mula tadi.

Sampul surat itu direnung kembali. Kalau aku baca, Fisya bukannya tahu. Sinister smile Sara makin melebar. Jari jemarinya mula menyelongkar isi kandungan pada kertas putih itu. Makin dibaca, makin berubah air wajahnya. Senyumannya juga makin mengendur dan kendur lagi. Akhirnya senyuman itu mati. Wajah Sara berubah jadi cuka. Masam. Kelat.

Sampai hati kau Fisya! Rupa-rupanya kau suka kat Daniel Arif! Aku tak boleh terima. Dia musuh kita. Kau tak boleh suka dia. Lagipun dia tak suka engkau. Dia hanya suka usik engkau. Kenapalah kau nak perasan yang mamat tu syok kat engkau? Fisya, Fisya…aku tak sangka!

Sara bangun meninggalkan bangku. Angin tiba-tiba datang dan menerbangkan cebisan-cebisan kecil kertas putih ke perkarangan sekolah dan Aspuri. Sampul surat berbunga yang digumpal ditolak angin hingga ke tengah. Dan masuk ke longkang Aspura. Tak jauh dari kaki Afifi yang menendang bola ke pagar asrama. Marah kerana Daniel Arif, dia terheret sama ke bilik Cikgu Dolah.

Sudah dua minggu Fisya meninggalkan Aspuri. Kini menetap di Kampus, dia sering tertunggu-tunggu panggilan dari Umi. Tak adakah surat atau poskad untuknya? Rasanya dia telah menulis alamat rumah dengan betul. Atau mungkin salam maaf yang dihulurkannya tidak dibalas? Marah benarlah Daniel Arif pada dia. Memang benci sungguhlah dia pada Fisya.

Salah aku! Kalaulah aku tak keluarkan ayat power tu, tentu tak jadi begini. Kenapa lah lazer benar mulut ni? Marahkan orang, diri sendiri termakan hati. Fisya gigit jari.

Maafkan saya, awak! Bukan itu maksud saya…

Kalaulah awak tahu...

No comments:

Post a Comment